CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, March 31, 2009

Antara karya Dr. Lim


Judul : Rindu Seorang Salina
Penyelenggara : Lim Swee Tin & Radziah Hassan
Penerbit : Citra Kurnia Enterprise
Mukasurat : 102 halaman
Cetakan Pertama : 2003


Kumpulan puisi ini merupakan hasil karya pelajar yang mengikuti Kursus BBK 3406 : Penulisan Puisi dan Drama di Jabatan Bahasa Melayu,Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, bagi Semester Mei 2003/04.
Meneliti karya-karya dalam antologi ini, rata-rata menunjukkan kesungguhan pelajar dalam berkarya.

Puisi berjudul 'Rindu Seorang Salina' yang dijadikan judul antologi ini, misalnya merupakan sebuah puisi yang mantap; baik dari segi idea mahupun cara pemakaian bahasanya. Rangkap kedua misalnya, yang berbunyi;

Kamar hening ini
membalut sebuah kisah
seorang gadis desa
betapa
pelangi hidup bertukar warna.

menunjukkan mutu penggarapan yang meyakinkan. Diyakini bahawa pelajar yang menyumbangkan karya mereka dalam antologi ini akan dapat pergi lebih jauh dalam bidang penulisan kreatif.

Judul : Prahara Di Padang Karbala
Penyelenggara : Arbak Othman, Lim Swee Tin & Aripin Said
Penerbit :Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM
Genre : Antologi Puisi
( Kumpulan Puisi Keamanan dan Kemanusian Malaysia )
Mukasurat : 165 halaman
Cetakan Pertama : 2003

"Katakanlah Tidak Pada Perang"

Bahawa walaupun suara-suara tentangan kita tidak mungkin merobohkan sebuah negara gergasi namun, kita adalah orang-orang prihatin terhadap keamanan dan kesejahteraan sejagat. Suara-suara kita bukan untuk menentang Amerika, bukan untuk menetang Britain, dan bukan untuk menentang semua orang yang gila perang tetapi mengajak semua orang melihat apakah kesan peperangan terhadap peradaban dunia.

Buku ini memuatkan sekitar 100 puisi keamanan merupakan respons menegakkan hak-hak manusia dan kesejahteraan sejagat. Ia melambangkan perasaan pilu, hiba, geram, marah dan tersentuh oleh tindakan perang dan pencerobohan seumpama ini.



Monday, March 30, 2009

Lim Swee Tin bukan penyanyi


Tidak dapat dinafikan bahawa Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin merupakan deklamator yang hebat. Gaya deklamasi Lim menggambarkan pengalaman beliau hampir empat dekad sebagai penyair dan deklamator puisi adalah hasil seorang insan yang benar-benar mencintai dan menjiwai puisi.Mendengar dan menghayati album deklamasi dan lagu puisi Mencari Indah karya Lim ini sudah cukup memberi kesan yang mendalam bahawa Lim seorang penyair yang serius menekuni bidang yang amat dicintainya.
Setakat ini belum ditemui penyair yang menekankan album deklamasi puisi secara perseorangan. Sebanyak 16 puisi yang dipilih oleh Lim daripada buku kumpulan puisi Mencari Indah (2009) merupakan puisi-puisi terbaik beliau. Malah 25 buah puisi yang terkandung di dalam buku Mencari Indah adalah puisi-puisi terbaik beliau yang sarat dengan mesej dan begitu menyentuh perasaan ketika menghayati bait-bait perkataan dengan intonasi Lim yang cukup hebat.
Kehebatan Lim mendeklamasi puisi diakui oleh Arbak Othman yang menyatakan bahawa cara Lim meletakkan suaranya mengikut rentak yang betul pada kata-kata yang memerlukan kesan penerimaan yang bersentuh rasa dan minda.
Kadang-kadang ada gegaran yang memacu kata-kata untuk dapat segera menghantar maksud tertentu ke sudut hati dan perasaan pendengar.
Justeru, album deklamasi puisi ini menepati kenyataan Arbak Othman bahawa puisi-puisi Lim mampu menggugah perasaan dan minda orang yang mendengar dan menghayatinya.
Nyatalah album deklamasi dan lagu puisi Mencari Indah ini cukup lengkap dan sempurna sebagai bahan rujuk untuk peminat-peminat puisi mempelajari bagaimana menjadi seorang deklamator yang baik. Album ini juga cukup berguna bagi membantu guru-guru Komsas mempraktikkan seni mendeklamasi puisi di dalam kelas.
Kelainan di dalam album deklamasi puisi ini ialah Lim turut menyanyikan sendiri dua buah puisinya iaitu Mencari Indah dan Kita Masih Punyai Malam Untuk Bermimpi. Melodi kedua-dua puisi ini telah digubah oleh Iedet. Setelah didengar beberapa kali, nyata melodi lagu ini sedap di dengar dengan kekuatan baik-baik puisi yang puitis. Usaha Lim menyanyikan lagu daripada puisinya sendiri haruslah dipuji. Mungkin dengan cara ini, beliau dapat menghayati puisi yang dihasilkannya.
Namun begitu, alangkah eloknya jika kedua-dua puisi yang dilagukan oleh Lim itu dinyanyikan oleh penyanyi profesional. Nama-nama penyanyi seperti, Zubir Ali, Ramli Sarip, Suhaimi Mior Hassan dan Waheeda adalah penyanyi lagu puisi yang sudah tentu akan menjadikan melodi dan puisi tersebut lebih kuat dan puitis didengar. Secara tidak langsung juga lagu-lagu ini sudah pasti cepat sampai kepada pendengar kerana populariti penyanyi tersebut. Dan berkemungkinan juga lagu-lagu ini boleh meletup di hati pendengar.
Cadangan ini bukanlah menafikan Lim tidak boleh menyanyi. Setelah mendengar beberapa kali, dapat dikesani bahawa Lim boleh menyanyi. Lenggok suaranya sebagai penyanyi memang ada. Tetapi suara Lim lebih sesuai sebagai deklamator dan bukannya sebagai penyanyi.
Ini diakui oleh Rahman Shaari yang menyatakan bahawa deklamasi Lim jelas kerana dia membawa makna yang ketara. Gayanya sejauh ini ialah gaya pendidikan, yang bererti Lim tidak akan berpuas hati jika pengajaran yang terkandung dalam puisinya tidak dihadam oleh penonton.
Selain itu, terkesan juga usaha Lim untuk menimbulkan "senyuman" apabila tiba pada kata-kata yang menandakan kemesraan. Perubahan mimik daripada wajah masam ke wajah manis dan sebaliknya, secara terancang ini, agak jarang-jarang kita temukan dalam deklamasi orang lain. Lim juga tidak lokek untuk bersuara nyaring pada tempat-tempat yang memerlukan kenyaringan. Gaya mesra Lim memberikan peluang untuk dia menyebarkan suaranya kepada hadirin. Jika dia mempunyai peminat, itulah hasil kejayaannya menyebarkan suara yang terbina gaya mesra penonton.
Kesimpulannya, Lim adalah seorang penyair dan deklamator yang mempunyai aura dalam kesusasteraan Melayu. Usaha beliau merakamkan deklamasi puisi merupakan satu yang baik dan terpuji kerana mengangkat martabat dan memperkayakan khazanah sastera

Seminar yang dihadiri oleh Dr. Lim

SEMINAR/WORKSHOP
Penataran Karya Kesusasteraan di Indonesia, Jakarta – Malang, DBP, 6 – 30 November 1990, Peserta.

Pertemuan Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia, LIPI-DBP, Jakarta, 22 November 1990. Pembentang Kertas Kerja.

Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry Reading)1990, DBP, Kuala Lumpur 1990, Peserta.

Hari Puisi Nasional ke-10, GAPENA-Persatuan Penulis P.Pinang, Pulau Pinang,20-23 September 1991. Pembentang Kertas Kerja.

Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry Reading) 1992, DBP, Kuala Lumpur 1992, Peserta.

Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry Reading) 1996, DBP, Kuala Lumpur 1996, Peserta.

Seminar Penterjemahan Karya Sastera, Persatuan Penterjemah Malaysia, UPM,26 Oktober 1996. Pembentang Kertas Kerja.

The Search for a New World Culture for the 21st Century Culture: Asian Literary Perspective, The Washington Times Foundation and The Internasional Culture Faoundation, Washington D.C., 27 April – 5 Ogos 1997, Peserta Negara.

Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry Reading) 1990, DBP, Kuala Lumpur 1998, Peserta.

Four Leading Poets from South East Asia, with Conjunction to Asian Europe Summit (ASEM 2), London, 2 April 1998, Peserta Negara.

Minggu Sastera Malaysia , Persatuan Penulis Johor-DBP, Johor Bahru, 28 November 1998, Pembentang Kertas Kerja.

Hari Puisi Nasional Malaysia ke-14, GAPENA-Kerajaan Negeri Sembilan- DBP,Seremban, Negeri Sembilan, 29-30 Januari 1999,

Pembentang Kertas Kerja.

Pertemuan sasterawan Nusantara ke-10, dan Pertemuan Sasterawan Malaysia 1,Kerajaan Negeri Johor-GAPENA-DBP, Johor Bahru, Johor, 17-21 April1999. Pembentang Kertas Kerja.

Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry Reading), DBP, Kuala Lumpur 2000, Peserta Negara.

Simposium Penulis Pelbagai Kaum 1, GAPENA-DBP-PUTERA, Miri, Sawarak, 17-20 September 2000, Pembentang Kertas Kerja.

Anugerah Persuratan Asia Tenggara/South East Asia Award (S.E.A.Write Award), Kerajaan Diraja Thailand, 10-23 September 2000,Bangkok,Thailand, Penerima Anugerah.

Concert for World Peace, Kerajaan Diraja Thailand, Bangkok, Thailand, 25-28 Ogos 2001,Peserta Negara.

Taipei 2001 World Poetry Festival, Biro Kebudayaan Taipei, Taiwan R.O.C,Taipei, 10-23 September 2001, Peserta Negara.

Hari Puisi Nasional Malaysia 2003, GAPENA-Kerajaan Negeri Selangor- DBP,Shah Alam, Selangor, 2003, Pembentang Kertas Kerja.

Seminar Islam Hadhari, IKIM-Kerajaan Negeri Melaka, 18-19 Januari 2005,MITC,Melaka, Pembentang Kertas Kerja.

Hari Sastera Malaysia ke-13, GAPENA-Kerajaan Negeri Perak-DBP, Ipoh, Perak, 2-5 September 2005. Pembentang Kertas Kerja.

Kuliah Kesusasteraan Bandingan Asia Tenggara (MASETRA), DBP- FBMK(UPM), 25 Ogos 2005, Penganjur Bersama-Peserta.

Seminar Kesusasteraan Asia Tenggara (MASTERA), DBP, 29-30 November 2005,DBP Kuala Lumpur. Peserta.

Profesional Services Dr. LIm

PROFESIONAL SERVICES
1. Penasihat Produksi Istana Budaya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

2. Penasihat Segmen Sei Budaya, Ratio Televisyen Malaysia (RTM), Kementerian Penerangan Malaysia.

3. Ahli Jawatankuasa Sastera, Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Panel Penilai Skrip Drama Dewan Bandaraya Kuala Lumur, Kementerian Wilayah Persekutuan.

5. Penasihat Kurikulum Bahasa Melayu, Sekolah-sekolah Persendirian Cina Malaysia.

Teaching and Major Publication Dr. Lim

TEACHING
Sejarah Kesusasteraan
Estetika dalam Kesusasteraan Melayu
Penulisan (Puisi,Cerpen,Novel,Drama)

MAJOR PUBLICATIONS
Kumpulan Sajak ‘Akrab’, DBP, 1985
Kumpulan Sajak ‘Menyusur Musim’, DBP, 1990
Kumpulan Sajak ‘Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain/
A Child and Other Poems’, MASA Ent., 1993
Kumpulan Esei ‘Sketsa,’ DBP,1996
Kumpulan Sajak ‘Sebuah Fragmen Cinta’, DBP, 1998,2000
Antologi Sajak ‘Nota Waktu,’ Citra Publishing, 2000
Kumpulan Esei ‘Berkelana di Belantara Kata,’ Pustaka Nusa, 2002
Kumpulan Sajak ‘Citra Kurnia’, Pustaka Nusa, 2003,2004
Kumpulan Sajak ‘Memetik Mawar (Remaja)’, Citra Kurnia
Ent.,2003,2005
Kumpulan Sajak ‘Sukma Cemara,’ Citra Kurnia Ent.,2006

Lagi pasal Dr. Lim



Assoc. Prof. Dr. Lim Swee Tin
Lecturer
Department of Malay LanguageFakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia, 43400 UPM SerdangSelangor


+603 8946 8932

sweetin@fbmk.upm.edu.my

E-Learning

QUALIFICATION
Sijil Perguruan (MTC, Penang) B.Ed. (UPM) M.A. (UPM) PHD.(UPM) Cert.Ed.(UPM)
AREA (S) OF SPECIALISATION
Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden Teori Kesusasteraan,Kritikan Kesusasteraan, Kesusasteraan Bandingan Penglahiran Bakat & Penulisan Kreatif (Puisi,Cerpen,Novel,Drama)
RESEARCH INTERESTS
Kesusasteraan Melayu Tradisional
Pantun
Peribahasa
Kesusasteraan Melayu Moden
Kritikan
Penulisan Kreatif

Wednesday, March 25, 2009

SeSi TeMuRaMaH bersama tokoh pilihan

Nie tengah tunggu Dr. datang sempat pose lagi lawa tak?
24.03.2009

merupakan tarikh aku pie Interview Dr. Lim, walaupun Dr. Lambat tapi kitorang stil tunggu juga dia... sebab hari tu ujan lebat jadi Dr. lambat datang..

Nielah Meja tokoh aku beselerak kan ehehehe.......................

Begaya tak?
macam pahlawan negara cayalah Dr. Lim



bagi cenderamata untuk dr. sebagai tanda terima kasih kami kerana menjawap soalan kami yang entah apapantah..



Nie gambar yang telekat kat pintu dia.. tak pecaya pielah bilik dia kat Sanggar Warisan





kat depan pintu Dr. Lim pun aku begambar maklumlah pantang jumpa kamera..




Kenali Daku

Nak datang Kl kene naik kapal terbang, dahlah lama duduk kat kapal terbang sempit pulak tu klo guna Air asia. Tapi itu semua tak memanahkan semangatku untuk datang belajar di semenanjung. saya berasal dari Tawau, sabah. umur saya baru nak masuk 23 tahun muda lagi kan.
EHH lupa plak nak bagitau nama, namaku Herni Esmanto, lahir pada 15 April 1986. sekarang nie aku tengah belajar kat UPM iaitu Universiti putra Malaysia. amik kos Bahasa dan linguistik Melayu..
Dalam keluarga saya anak kedua dari 3 orang adik beradik, Abang saya nama Henri, Adik plak Herna. saya dengan Henri kembar ehehe kembar tak seiras lah. Arwah bapa saya plak nama ESmanto Dohan ibuku Timah Syed. kami adalah keluarga yang bahagia walaupun ibuku merupakan ibu tunggal tapi ibuku seorang wanita cekal tau!

LIM SWEE TIN

Lim Swee Tin
Lim Swee Tin bukanlah nama baru dalam dunia kepenyairan. Beliau merupakan penerima S.E.A Write Award 2000 (penghargaan tertinggi bidang kesusasteraan di Asia Tenggara oleh Kerajaan Diraja Thailand. Selain sering muncul di kaca televisyen mendeklamasikan puisi, penyair Lim Swee Tin turut giat memberi ceramah penulisan kreatif di dalam dan luar negara. Beliau pernah diundang mendeklamasikan sajak di Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan dan United Kingdom. Beliau kini Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).
Dilahirkan di Bachok Kelantan pada 26 September 1952. Dalam bidang penulisan, Lim cenderung menulis puisi. karya awalnya terbit pada tahun 1973. Lim juga menghasilkan cerpen, novel dan tulisan-tulisan bercorak kesusasteraan. Pada tahun 1990, beliau mewakili negara pada acara Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur. Pada tahun yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka memilih beliau bagi program Penataran Karya Sastera selama hampir sebulan di Jakarta, Indonesia.
Antara karya yang telah diterbitkan ialah "Eva" (1981), "Akrab" (1985), "Menyusur Musim" (1991), "Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain/A Child and Other Poems (puisi dwibahasa, 1993), "Masih" (1997), "Sebuah Fragmen Cinta" (1998) dan "Nyanyian Sepi" (puisi dwibahasa, 2000).
Lim Swee Tin pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/83, 1986/87, 1988/89, Hadiah Penghargaan Anugerah Puisi Putra 2, 1983 melalui antologi "Akrab". Hadiah kedua Peraduan menulis Cerpen dan Puisi 100 Tahun Kuala Lumpur, Hadiah Sastera Utusan Melayu - Public Bank, Hadiah Cerpen DBP-Maybank dan banyak lagi.
Puisi beliau berjudul "Ketika Kami Bercerita Tentangnya" telah dipilih sebagai teks puisi di dalam antologi "Anak Bumi Tercinta" yang merupakan antologi Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu bagi Tingkatan 3.